Kamera DSLR Canon Didapati Terdedah Kepada Serangan Ransomware

Masalah serangan ransomware menjadi bualan ramai tahun lalu kerana terdapat beberapa kes berprofil tinggi yang memaksa mangsa membayar jutaan ringgit bagi mendapatkan kembali akses kepada peranti yang digodam. Tetapi mungkin ramai merasakan hanya komputer terdedah kepada serangan ransomware. Ini ternyata tidak benar dan kerentanan sekuriti turut ditemui pada kamera DSLR Canon 80D.

Apabila kamera diserang ransomware, kesemua data akan dikunci sehingga tidak lagi boleh diakses oleh pemilik kamera. Kerentanan pada sistem Canon Picture Transfer Protocol ini ditemui oleh Check Point Research yang juga alah pihak yang sama menemui kerentanan pada sistem pemesejan WhatsApp semalam.

Berita baik bagi pemilik Canon 80D ialah Canon telahpun mengeluarkan tampalan sekuriti sebelum pendedahan dilakukan oleh Check Point Research. Sila kemas kini perisian kamera anda hari ini bagi mengelakkan anda menjadi mangsa serangan ransomware di masa hadapan.

Muat turun fail tampalan sekuriti untuk perisian Canon 80D

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.