iPhone sering dikenali sebagai sebuah telefon pintar premium dengan kebolehan kamera yang baik, lebih-lebih lagi untuk media sosial. Tetapi, peminat iPhone tidak sedar yang sebenarnya banyak peranti Android yang mempunyai kualiti kamera jauh lebih hebat. Lihat sahaja skor di DXOMark, iPhone jatuh ke bawah dan tidak pernah memegang tangga pertama.

Terkini, Samsung dilaporkan akan membekalkan lensa kamera untuk iPhone. Samsung Electro-Mechanics adalah syarikat yang dikatakan salah satu calon utama pilihan Apple. Walau bagaimanapun, Samsung akan membekalkan kepada iPhone lama terlebih dahulu sebelum barisan iPhone 12. Terdapat dua syarikat yang terlibat dalam membekal lensa kepada Apple, iaitu Samsung dan Sunny Optical dari China. Menurut sumber, kontrak Samsung adalah untuk membekal bermula pertengahan tahun 2020 dan Sunny bermula separa pertama tahun 2021.

Berdasarkan kenyataan Kuo sebelum ini, Samsung dikatakan buka  sahaja akan membekal lensa 6P untuk iPhone 12, tetapi juga lensa 5P-7P untuk iPhone 2021, lensa telefoto dan gegelung motor suara untuk iPhone 2022. Apple dikatakan sudah lama berhasrat ingin menaiktaraf kemampuan lensa telefoto mereka, kerana sebelum ini lensa telefoto yang digunakan dari LG InnoTek bercanggah dengan CorePhotonics dari Israel milik Samsung. Disebabkan Samsung turut pakar dalam penghasilan lensa periskop telefoto, tidak terkejut kenapa Apple memilih Samsung sebagai pembekal.

Jadi kelak pengguna iPhone, jangan sombong dengan kehebatan kamera iPhone dan mengejek pengguna Samsung. Harap anda sedar diri yang iPhone yang anda gunakan itu kebanyakan komponen termasuk skrin adalah dari Samsung.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*