Kamera Litar Tertutup Bekecerdasan Buatan Dihasilkan Di Jepun Berjaya Mengurangkan Kecurian Sehingga 40%

Seperti di Malaysia, Jepun juga mempunyai masalah pengunjung panjang tangan apabila pergi ke kedai. Dianggarkan pengusaha perniagaan Jepun mengalami kerugian 400 bilion Yen (~RM 14.5 bilion) setahun kerana kes kecurian. Bagi membasmi masalah ini, kamera litar tertutup berkecerdasan buatan telah dibangunkan dan ia berjaya mengurangkan kes kecurian sebanyak 40%.

Kamera litar tertutup buatan Eagle Eye di atas dipadankan dengan kecerdasan buatan AI Guardman. Ia menganalisa pergerakan pengunjung kedai dan mencari kelakuan yang mencurigakan yang dilakukan sebelum mereka mencuri. Antara tabiat yang dilakukan ialah berjaya pada kawasan yang sama beberapa kali, tidak meminta bantuan pekerja untuk mencari produk dan mencari titik buta di dalam kedai.

Apabila kelakuan ini dikesan, pekerja kedai akan menerima notifikasi pada telefon pintar. Biasa teguran semudah “adakah anda memerlukan bantuan?” sudah cukup untuk membuatkan pencuri melupakan hasrat mereka.

Kos memasang kamera litar tertutup pintar ini agak tinggi. Setiap unit yang boleh mengawal kawasan dalam lingkung 13 meter dijual pada harga 238,000 Yen (~RM 8640). Kos penggunaan data awanan sebanyak 4500 Yen (~RM 143) sebulan juga dikenakan. Tetapi jika kedai anda mempunyai masalah kecurian yang serius, ini ialah kamera yang pintar untuk memeranginya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.