Kamera Nircermin Fujifilm X-S10 Diperkenalkan – Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Bulan November

Fujifilm baru-baru ini melancarkan sebuah lagi kamera baru, iaitu Fujifilm X-S10 yang merupakan sebuah kamera nircermin padat dengan sistem lensa bertukar.

Sama seperti banyak kamera Fujifilm yang dilancarkan, kamera X-S10 ini ialah sebuah kamera dengan rekaan padat, dengan kerangka yang diperbuat daripada aloi magnesium yang memastikan ia tidak begitu berat pada berat badan-sahaja serendah 465g.

Penggunaan aloi magnesium pada rangka kamera ini juga memastikan bahawa penggunaan lensa-lensa X-Mount besar

Kamera ini menggunakan sensor X-Trans CMOS 4 dan juga enjin imej X-Processor 4 yang menjanjikan gambar yang cukup ranggi. Digabungkan dengan paparan LCD boleh-pusing dengan sistem pemfokusan phase-detection, kamera ini mampu memfokuskan kepada sebuah pemandangan pada kadar 0.02 saat tanpa masalah.

Dari segi pengambilan gambar berturut-turut, kamera ini boleh mengambil lapan bingkai gambar sesaat menggunakan pengatup mekanikal, dan sehingga 30 bingkai sesaat menggunakan pengatup elektronik.

Untuk rakaman video, kamera ini mampu merakam video pada resolusi 4K dengan kadar 30FPS, ataupun Full HD pada kadar segar semula 250FPS yang boleh digunakan untuk video gerak perlahan.

Kamera ini juga hadir dengan mod penuras filem negatif yang mana pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis gambar yang seakan-akan diambil menggunakan kamera filem klasik.

Fujifilm X-S10 ini sudahpun tiba di beberapa pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat untuk harga $1000 untuk badan kamera sahaja, ataupun $1400 untuk berkas badan kamera bersama-sama lensa XF18-55mm F2.8-4 R.

Fujifilm Malaysia turut mengesahkan bahawa model kamera ini akan tiba di pasaran tempatan pada bulan November kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*