Kamera Perangkap Halaju Di Britain Kini Boleh Menangkap Kesalahan Pemandu Dari Jarak 1 Kilometer

Ketika memandu di atas lebuhraya, kehadiran kamera perangkap halaju amat ditakuti. Apabila kehadiran polis dikesan, pemandu menggunakan isyarat lampu tinggi sebagai amaran. Ini menyukarkan tugas polis menangkap pesalah jalan raya keran kedudukan mereka telah dikesan sebelum kesalahan dirakam.

Di Britain, pihak polis sudah menggunakan kamera perangkap halaju A417 yang boleh mengambil gambar serta video dari jarak 1 kilometer. Untuk mencapai tahap zoom yang tinggi ini, sebuah lensa Canon 100-400mm f/4.5-5.6L IS digunakan. Kerana ia boleh mengesan kesalahan dari jarak yang lebih jauh dari biasa, pemandu tidak lagi boleh mengelak dari disaman kerana kedudukan kamera tidak dapat dilihat.

Sekiranya ujian awal yang dilakukan di Glouchestershire dan Wiltshire berjaya, kamera yang diberi gelaran The Long Ranger akan digunakan di seluruh Britain.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.