Jika sebelum ini, DxOMark berkongsi kutipan markah untuk kamera utama OnePlus 8T yang dilihat setanding dengan Sony Xperis 5 II, Terkini, giliran kutipan markah untuk kamera swafotonya pula dikongsi – di mana, ia sekadar merangkul sebanyak 82 mata dalam carta DxOMark.

Ini sekaligus memposisikannya setanding dengan iPhone XS Max yang dilancarkan sekitar tahun 2018. Kemudian, ia dilihat berada di belakang Samsung Galaxy A71, Samsung Galaxy Z Flip dan Xiaomi Mi 10 Pro. Untuk ringkasan ujian, OnePlus 8T mencatatkan sebanyak 80 mata untuk keupayaan kamera. Kemudian, 84 mata pula untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan tangkapan gambar dan video dengan pendedahan yang baik untuk kebanyakan situasi. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mempunyai sistem imbangan putih yang konsisten dan mampu menghasilkan gambar dengan kesan bokeh yang baik. Kritikan pula diberikan kepada masalah hingar yang ketara untuk foto dan video yang diambil pada pencahayaan rendah. Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai julat dinamik yang terhad.

Sekadar selingan, OnePlus baru-baru ini dilihat mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan bahawa OnePlus 9 kelak tidak akan dihantar ke DXOMark untuk diuji. Perkara ini dimaklumkan oleh Pete Lau menerusi satu hantaran menerusi di Weibo tanpa berkongsi sebarang sebab. Justeru, perkara ini menimbulkan pelbagai tanda tanya, termasuklah persoalan mengapa OnePlus berbuat demikian.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.