iPhone 12 Mini sebelum ini berjaya menarik perhatian ramai pihak menerusi rekaannya yang kompak dan segak. Secara kasarnya, ia mempunyai spesifikasi yang sama seperti iPhone 12 – termasuklah keupayaan kamera yang terdiri dengan 12-Megapixel + 12-Megapixel untuk lensa utama. Seterusnya, kamera hadapan juga sebesar 12-Megapixel. Cuma bezanya, pada kapasiti bateri dan saiz skrin sahaja.

Menyentuh soal kamera, DxoMark kini telah mengemaskini laporan di laman rasmi mereka dengan memperlihatkan kutipan mata keseluruhan untuk kamera utama iPhone 12 Mini. Melaluinya, iPhone 12 Mini berjaya menerima sebanyak 122 mata. Untuk ringkasan ujian, ia menerima sebanyak 132 mata untuk keupayaan kamera, 41 mata untuk keupayaan zum dan 112 mata pula untuk kemampuan video.

Melaluinya juga, ia sekaligus memposisikan peranti ini seiring dengan iPhone 12 dan Honor V30 Pro. Kemudian, empat anak tangga di hadapan Samsung Galaxy Note20. Tetapi, setapak di belakang Huawei Mate 30 Pro 5G.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menghasilkan foto dan video dengan keperincian yang tepat. Kemudian, fungsi autofokus pantas dan penstabilan video yang efektif. Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad, masalah hingar ketara pada pencahayaan rendah dan sistem imbangan putih yang tidak seimbang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.