Oneplus 8T merupakan kemaskini kepada siri OnePlus 8. Ia dilihat berkongsi sejumlah spesifikasi yang sama seperti OnePlus 8 – namun masih terdapat beberapa perubahan yang dibuat oleh OnePlus pada peranti berkenaan. Misalnya, sokongan skrin dengan kadar segar semula lebih tinggi 120Hz dan perubahan pada tetapan kamera belakang dengan penambahan sensor makro 5-Megapixel.

Terkini, Dxomark telah berkongsi laporan baharu mengenai keupayaan kamera utama pada OnePlus 8T. Ia memperlihatkan peranti ini meraih markah keseluruhan sebanyak 111 mata. Ini sekaligus memposisikannya setanding dengan Sony Xperia 5 II dan Google Pixel 4a. Untuk ringkasan ujian,OnePlus 8T mencatatkan sebanyak 115 mata untuk keupayaan kamera. Kemudian, 52 mata pula untuk keupayaan zum dan 102 mata untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada pendedahan yang baik untuk kebanyakan situasi. Seterusnya, hasil bokeh memuaskan dengan perincian yang hampir tepat, kawalan hingar yang minima untuk video yang diambil pada pencahayaan cukup dan penstabilan video yang efektif untuk kebanyakan situasi. Kritikan pula diberikan kepada julat dinamik yang terhad, penghasilan warna yang kurang tepat dan masalah hingar ketara untuk foto dan video yang diambil pada pencahayaan rendah. Tidak ketinggalan, ia juga dikatakan mempunyai sistem autofokus yang tidak stabil.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.