Kapal Angkasa Hayabusa2 Kini Dalam Penjalanan Pulang Ke Bumi Membawa Sampel Asteroid

Pada Jun tahun ini, kapal angkasa Hayabusa2 telah berjaya mendarat di atas permukaan asteroid Ryugu. Pendaratan dilakukan bagi mengambil sampel asteroid yang kemudiannya akan dianalisa oleh saintis. Bagi membolehkan ini dilakukan, Hayabusa2 kini dalam perjalanan pulang kembali ke bumi bagi menghantar sampel yang dikutip

Dari sampel ini saintis dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai asal usul pembentukan cakerawala. Hayabusa2 akan memulakan perjalanan pulang sejauh 800 juta kilometer dan dijangka tiba ke bumi pada Disember 2020. Jika ia berjaya melakukan misi pulang ke bumi, Hayabusa2 telah mengembara 5,240 juta km di angkasa lepas sejak dilancarkan pada tahun 2014 oleh JAXA.

Sampel yang disimpan di dalam berbentuk cakera selepas 40cm dan setinggi 20 cm dijangka mendarat di Woomera Test Range, Australia menggunakan payung terjun. Usai mini ini Hayabusa2 akan kembali mengembara dan melakukan kajian ke atas asteroid berhampiran. Antara yang menjadi sasaran ialah asteroid 2001 WR1 sekitar tahun 2023 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.