Kaspersky Akan Membuka Pusat Transparensi Asia Pasifik Pertama Di Cyberjaya Pada Tahun Hadapan

Kaspersky Lab ialah syarikat sekuriti digital yang terkenal untuk perisian keselamatan komputer mereka yang bukan sahaja digunakan oleh pengguna-pengguna biasa, tetapi juga syarikat-syarikat besar dan pihak kerajaan.

Dua tahun lalu, mereka telah memindah pusat operasi mereka dari Rusia ke Switzerland atas tujuan menunjukkan bahawa mereka tidak bersekongkol dengan kerajaan tersebut untuk mencuri maklumat rahsia kerajaan.

Mereka kemudiannya membuka pusat transparensi untuk menunjukkan kepada pihak kerajaan dan dunia bagaimana perisian mereka berfungsi untuk melindungi pengguna-pengguna daripada serangan penggodam.

Pusat transparensi pertama dibangunkan di Zurich, Switzerland pada tahun 2017, manakala pusat kedua pula dibangunkan di Madrid pada Mei 2019.

Terkini, Kaspersky Labs mengumumkan dimana mereka akan membangunkan pusat transparensi ketiga mereka di Malaysia, dimana ia akan terletak di Cyberjaya.

Pusat transparensi terbaru ini akan dibangunkan dengan bantuan CyberSecurity Malaysia, dan akan dirumahkan disamping agensi-agensi penting berkaitan teknologi siber milik kerajaan.

Mana-mana pihak berkepentingan, mahupun orang ramai boleh melawat pusat transparensi tersebut apabila ia dibuka pada tahun hadapan. Pelawat hanya perlu menghantar emel permintaan lawatan di laman web Kaspersky Lab sebelum melawat.

Pembukaan pusat transparensi ini juga dilihat memenuhi permintaan rakan niaga dan pihak berkepentingan di rantau ini untuk mempelajari bagaimanakah produk-produk Kaspersky Labs befungsi untuk melindungi pengguna-pengguna mereka daripada serangan penggodam.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.