terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Kawalan Haiwan Perosak dalam Rumah Burung Walit

Oleh :  Munirah Abd Rahman
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan

Perusahaan sarang burung walit merupakan perusahaan yang berimpak tinggi di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara umumnya. Sarang burung walit mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada Taiwan, China dan Hong Kong kerana mempunyai khasiat dalam perubatan dan kosmetik. Sarang burung walit juga merupakan antara produk daripada haiwan yang mempunyai nilai harga yang sangat tinggi berbanding produk haiwan lain. Hal ini kerana harga sarang burung walit boleh mencecah antara RM3500 – RM4800 per kilogram. Oleh itu, pengusaha sarang burung walit perlu menguruskan rumah burung walit mereka dengan baik agar dapat menghasilkan penghasilan sarang yang maksimum.

ARTIKEL BERKAITAN- Khasiat Sarang Burung Walit
ARTIKEL BERKAITAN- Kelestarian Burung Walit
ARTIKEL BERKAITAN- Sarang Burung Walit Alternatif Sikap Ikan Yu
ARTIKEL BERKAITAN- Cabaran Pemangsa dalam Industri Burung Walit
ARTIKEL BERKAITAN- Biogeografi Burung Walit

Selain faktor pemilihan lokasi rumah burung, persekitaran dalam rumah burung (suhu, kelembapan, cahaya, bunyi) dan pemakanan burung walit, kawalan haiwan perosak dalam rumah burung walit juga merupakan faktor yang sangat penting bagi membolehkan burung walit beradaptasi dalam keadaan yang baik serta dapat menghasilkan sarang yang maksimum.

Rajah 1 Burung walit (Aerodramus fuciphagus) membuat sarang di dalam rumah burung walit.

Haiwan Perosak dalam Rumah Burung Walit

dalam rumah burung walit. Haiwan-haiwan ini bukan sahaja mengganggu burung walit dewasa malah turut mengganggu sarang, telur dan juga anak burung yang baru menetas.

Rajah 2 Peratusan haiwan perosak dalam rumah burung walit. Jadual 1 Haiwan perosak dalam rumah burung walit Rajah 3 Anak burung walit yang baru menetas mati digigit semut.

Kawalan Haiwan Perosak yang Mengganggu Burung Walit

Kehadiran haiwan perosak yang mengganggu di dalam rumah burung walit perlu dikawal agar tidak menjejaskan penghasilan sarang. Hal ini kerana gangguan haiwan perosak akan menyebabkan burung walit tidak dapat beradaptasi dengan baik di dalam rumah burung walit untuk membuat sarang.

Populasi semut yang mengganggu di dalam rumah burung walit boleh dihapuskan dengan menggunakan pestisid sama ada dalam bentuk cecair atau serbuk. Namun begitu, dos yang digunakan atau lokasi semburan serta penempatan pestisid tersebut perlu sesuai agar tidak menjejaskan kualiti sarang. Hal ini kerana penggunaan pestisid yang tidak mengikut prosedur yang sesuai di dalam rumah burung walit akan menyebabkan kandungan nitrat yang tinggi pada sarang. Sarang burung walit yang mempunyai kandungan nitrat yang tinggi apabila diuji di dalam makmal merupakan sarang yang kurang berkualiti dan tidak melepasi piawaian untuk dieksport ke luar negara. Selain itu, kandungan nitrat yang tinggi pada sarang juga menunjukkan pengurusan rumah burung walit tidak mengikut biosekuriti yang betul.

Kehadiran lipas di dalam rumah burung walit juga turut menyebabkan gangguan kepada burung walit untuk beradaptasi membuat sarang. Populasi lipas di dalam rumah burung walit boleh dikawal dengan menggunakan pestisid dan juga gam. Pestisid berfungsi menghalau lipas manakala gam pula berfungsi memerangkap lipas. Apabila lipas terkena gam yang diletakkan di dalam rumah burung walit, lipas akan melekat pada gam tersebut.

Gangguan tikus di dalam rumah burung walit perlu dikawal agar tidak menjejaskan penghasilan sarang. Populasi tikus boleh dikawal dengan meletakkan perangkap di dalam rumah burung walit. Pengusaha boleh meletakkan 4 perangkap di setiap tingkat rumah burung walit mereka.

Rajah 4 Perangkap tikus yang digunakan dalam rumah burung walit bagi mengawal populasi tikus.

Rujukan

Munirah, A.R., Puspa, L.G., Eni, N.M.Z., Roslida, A.R., Noor, E.S.S., & Mustafa, M. (2020). Location and Premise Size of Successful Edible Bird Nest (EBN) Swiftlet Houses in Terengganu, Malaysia. International Journal of Advanced Science and Technology, 29(3), 9356-9362.

Munirah, A.R., Puspa, L.G., Chong, J.L., Norasmah, B., Mustafa, M., Hazimi, F., & Asyraf, A. (2019). Suitable Ranching Practices in Successful Edible Bird Nest Swiftlet Houses in Terengganu. International Journal of Recent Technology and Engineering, 7(4), 60-64.

Munirah, A.R, Chong, J.L., & Puspa, L.G. (2018). Environmental Parameters in Successful Edible Bird Nest Swiftlet House in Terengganu, Malaysia. Journal of Sustainability Science and Management, 13(1), 127-131.

Azahar, I., Abdullah, A.A., & Munirah, A.R. (2013). An Overview of the Study of the Right Habitat and Suitable Environmental Factors that influence the Success of Edible Bird Nest Production in Malaysia. Asian Journal of Agricultural Research, 8(1), 1-16.

Kredit Foto : borneotoday

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*