Kawasaki Sedang Membangunkan Motosikal Elektrik Pertama Mereka

Pada bulan April yang lalu, Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha mengumumkan penubuhan konsortium bagi menyeragamkan sistem pengecasan dan bateri kenderaan elektrik. Apa yang menarik di sini ialah Kawasaki pada waktu tersebut tidak pernah mengumumkan pembangunan motosikal elektrik mereka. Tetapi ia kini bukan lagi misteri kerana telah disahkan sendiri oleh Kawasaki menerusi video yang telah dimuat naik.

Motosikal elektrik yang sedang dibangunkan menyasarkan prestasi kelas pertengahan, dilengkapi sistem transmisi manual, sistem brek regeneratif dan jarak perjalanan sehingga 100 kilometer. Menurut pengurus kanan inovasi Kawasaki Yoshimoto Matsuda, pihak mereka telah mengkaji motosikal elektrik sejak awal 2000an.

Pelbagai pengajaran dari prototaip motosikal elektrik yang diuji akan digunakan pada motosikal sebenar.Mungkinkah seperti Harley Davidson dan Ducati, motosikal elektrik berkuasa tinggi Kawasaki akan menjadi realiti? Bersediakah anda untuk Kawasaki e-Ninja?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.