TechSemut Malaysia

Kayu Sihir Harry Potter Yang Mengajar Asas Pengaturcaraan Kepada Kanak-Kanak Dilancarkan

Kayu Sihir Harry Potter Yang Mengajar Asas Pengaturcaraan Kepada Kanak-Kanak Dilancarkan

Kayu Sihir Harry Potter Yang Mengajar Asas Pengaturcaraan Kepada Kanak-Kanak Dilancarkan
Julai 25
09:13 2018

Tim Cook pernah dipetik berkata belajar bahasa pengaturcaraan adalah lebih penting untuk generasi akan datang berbanding bahasa Inggeris. Apa yang dikatakan beliau ini mungkin dianggar kontroversi tetapi hakikatnya kemahiran pengaturcaraan memberikan kelebihan di dalam dunia yang semakin berubah ke e-ekonomi. Tetapi mempelajari bahasa pengaturcaraan mungkin membosankan. Oleh itu cara lebih ceria dan interaktif perlu digunakan bagi memupuk minat.

Harry Potter Kano Coding Kit ialah kit mengajar kanak-kanak asas pengaturcaraan dengan menggunakan kayu sihir. Kayu sihir bluetooth ini dilengkapi giroskop, magnetometer dan pengesan pecutan yang kemudian boleh dikesan oleh “jampi” yang ditulis sendiri oleh pengguna.

Terdapat 70 “jampi” berasaskan JavaScript boleh dipelajari yang kesemuanya bertemakan jampi yang boleh ditemui dari siri popular Harry Potter. Jampi yang direka sendiri kemudian boleh ditulis dan dikongsi kepada komuniti pengguna.

Kayu sihir dan program yang disertakan menyokong platform Android, iOS, PC dan Mac. Kit koding menarik ini akan mula dijual pada bulan Oktober pada harga $100 (~RM 405).

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com