Share Button

Pernahkah anda nak menempah Uber atau Grab, tapi destinasi yang ingin ditujui terlalu hampir, tapi tidaklah kaki anda boleh berjalan sejauh itu? Kalau pernah, Mobike hadir di Malaysia dengan penyelesaian basikal sewanya.

Mobike adalah syarikat sewaan basikal pertama dan terbesar di dunia, ia seperti perkhidmatan kereta sewa tetapi ‘kereta’-nya adalah basikal.

Basikal Mobike memang tahan lasak

Baru saja dilancarkan April 2017, Mobike sudah berada di 170 bandar di seluruh dunia!

Bandar di Malaysia yang pertama ditembusi Mobike adalah Setia Alam dengan kerjasama SP Setia Berhad. Sebanyak 600 Mobike telah ditempatkan di sekitar bandar tersebut.

Hanya imbas kod QR menerusi apps Mobike untuk mula mengayuh

Uniknya Mobike adalah ia tiada penjaga kerana pengguna hanya perlu meninggalkan dimana-mana mereka suka selepas menggunakannya kerana Mobike dilengkapi kunci automatik serta alat GPS.

Untuk menggunakan Mobike, pengguna berdaftar hanya perlu melancarkan apps Mobike ada pada platform Android dan iOS. Sistem akan memberitahu Mobike paling hampir dengan pengguna.

Menjadi ahli Mobike amatlah mudah. Dalam tempoh promosi yang sedang berlangsung, anda hanya perlu mendeposit RM9. Selepas tempoh promo, deposit yang diperlukan adalah RM99. Semua transaksi dilakukan melalaui apps.

Lebih menarik, sepanjang bulan September, Mobike ditawarkan secara percuma. Selepas tempoh itu tamat, kadar sewaat Mobike adalah RM1.50 bagi setiap 30 minit.

Mobike akan menjangkiti bandar-bandar lain tidak lama lagi.

Kalau tak sabar nak mengayuh, boleh cuba perkhidmatan Obike yang sudahpun ada di bandarbandar utama sekitar Lembah Klang.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.