JOHOR BAHRU, 24 September – Memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berpotensi melahirkan modal insan berkemahiran yang diperlukan dalam industri.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat memastikan kualiti latihan di semua Institut Latihan KBS bergerak seiring dengan perkembangan Revolusi Industri (IR) 4.0.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tenaga mahir perlu mengadaptasi kemahiran IR 4.0 kerana penggunaan teknologi baharu pada masa akan datang membataskan kemahiran asas pekerjaan masa kini.

Tambahnya, kerjasama dengan pihak industri akan terus dijalankan bagi memastikan ILKBS mampu merancang serta melatih pelajar dengan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Career Fest ILKBS Zon Selatan 2021 serta Majlis Anugerah Pemenang Reka Cipta Inovasi ILKBS 2021 secara dalam talian.

Majlis itu menyaksikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra memenangi kategori ILKBS Teknologi Rekaan Fabrik, manakala Kategori Teknologi Makanan dimenangi IKBN Naka.

Pertandingan tersebut menerima 370 projek reka cipta dari seluruh negara.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.