KDN – PDRM Tidak Mempunyai Hak Menyemak Telefon Bimbit Orang Awam Secara Rambang

Tular di media sosial hari ini kenyataan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia berhak memeriksa telefon pintar milik orang awam. Nampaknya jawapan yang diberikan beliau kurang tepat dan bagi mengelakkan kekeliruan, pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.

TelefonMenurut KDN, pihak PDRM tidak mempunyai hak menyemak telefon bimbit orang awam secara rambang. Sebaliknya PDRM hanya boleh menyemak kandungan peranti milik orang yang disyaki dan terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan.

Peranti (bukan sekadar telefon pintar) boleh disemak sekiranya individu melakukan kesalahan dilakukan di bawah akta-akta di bawah.

  1. Kanun Keseksaan (Akta 574)
  2. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
  3.  Akta Hasutan 1948 (Akta 15)
  4. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)
  5. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)
  6. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769)

Sekiranya peranti anda disemak oleh anggota PDRM secara rambang, mereka boleh melakukan laporan polis ke balai berdekatan atau terus ke Bukit Aman untuk tindakan diambil.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.