TechSemut Malaysia

Kecerdasan Buatan Dengan “Masalah Sakit Jiwa” Berjaya Dihasilkan Setelah Diajar Membaca Reddit

Kecerdasan Buatan Dengan “Masalah Sakit Jiwa” Berjaya Dihasilkan Setelah Diajar Membaca Reddit

Kecerdasan Buatan Dengan “Masalah Sakit Jiwa” Berjaya Dihasilkan Setelah Diajar Membaca Reddit
Jun 08
15:51 2018

Tekanan hidup adalah antara faktor jumlah pesakit jiwa meningkat sekali ganda sejak sedekad lalu di Malaysia. Kini dianggar 30% rakyat negara ini mengalami masalah mental. Jika manusia terdedah dengan masalah sakit jiwa, adakah kecerdasan buatan turut boleh mengalami masalah yang sama? Jawapan kepada soalan ini adalah ya selepas kecerdasan buatan dengan masalah sakit jiwa dibangunkan oleh MIT.

Kecerdasan dengan nama panggilan Norman, sempena nama watak filem Psycho ini diajar membaca keterangan gambar dari forum Reddit yang mengandungi gambar yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar. Selepas diajar, ia kemudian mengambil ujian titik dakwat Rorschach untuk mengukur tahap gangguan “jiwa”.

Pada kecerdasan normal, gambar titik hitam mungkin akan diterangkan sebagai berbentuk seekor burung misalnya. Tetapi pada Norman ia akan menerangkan gambar titik dakwat yang sama sebagai berbentuk seorang lelaki yang mati akibat renjatan elektrik.

Apakah yang cuba dicapai oleh penyelidik di MIT dengan projek Norman? Menurut mereka ini untuk membuktikan kecerdasan buatan tidak mempunyai masalah purbasangka seperti yang dianggap sebelum ini. Kecerdasan buatan memerlukan input data yang baik bagi menghasilkan kemampuan “berfikir” dengan baik. Jadi jika ingin melentur  buluh kecerdasan buatan, baik dari datanya.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com