Masalah banjir mengakibatkan kerugian bernilai berbilion ringgit dan ribuan nyawa individu setiap tahun. Ia lebih buruk apabila berlaku di negara dengan jumlah penduduk yang tinggi seperti India. Bagi mengurangkan jumlah korban apabila banjir melanda di India, kecerdasan buatan Google akan digunakan untuk sistem amaran banjir di negara ini.

Kecerdasan buatan akan menganalisa data banjir terdahulu, bacaan tahap sungai, ketinggian kawasan dan bentuk muka bumi untuk meramal kejadian serta tahap keseriusan banjir sebelum ia berlaku. Dengan amaran yang lebih awal, nyawa penduduk kawasan dapat diselamatkan. Sistem amaran Google Public Alerts akan digunakan untuk memaparkan amaran pada peranti pintar. Untuk menjayakan sistem ini Google bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Air India dan buat masa ini ujian hanya dilakukan di rantau Patna.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.