Kecerdasan Buatan Google Dilihat Mengenal-Pasti Metastatik Kanser Payudara Lebih Jitu Banding Manusia

Google sebelum ini telah mempertontonkan beberapa kali kelebihan kecerdasan buatan yang dibangunkan mereka yang berjaya mengatasi kebolehan manusia. Terkini, melalui kajian terbaru, kecerdasan buatan Google kini dilihat boleh mengenal-pasti metastatik kanser payudara dengan lebih jitu berbanding manusia apabila dipantau daripada imbasan.

Mengenal-pasti metastatik dikatakan suatu perkara yang agak sukar – dan boleh terlepas pandang pada imbasan penilaian oleh manusia.

Metastatik Kanser Payudara

Pasukan pembangunnya telah melatih algoritma untuk mengenal-pasti metastatik ini dalam pelbagai keadaan berbeza – sekaligus kini membolehkan sistem kecerdasan buatan untuk mengenal-pasti kanser payudara dengan jitu hampir 99% pada imbasan penilaian. Walaubagaimanapun, masih terdapat kesilapan yang dilakukan kecerdasan buatan seperti mengenal-pasti sel bersaiz besar sebagai tumor dan sebagainya.

Buat masa ini, hasil ini diperlihatkan dari segi kajian sahaja, dan tidak diimplementasikan pada ujian klinikal. Apa pun, langkah mengenal-pasti penyakit daripada imbasan ini telah diumumkan oleh Google tidak lama sebelum ini dalam usaha membantu doktor dan mereka dalam bidang perubatan untuk mengenal-pasti sesuatu perkara. Apa pun, untuk diagnosis akhir, ia masih tertakluk kepada kebenaran daripada doktor dan bukannya berdasarkan kecerdasan buatan semata-mata.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.