Berita Menarik

Kejohanan Adobe Certified Associate Peringkat Malaysia Telah Diadakan Buat Kali Kedua

Pembaca : 15
0 0

Tahun lalu pertandingan Adobe Certified Associate (ACA) Championship Malaysia telah diadakan bagi mencungkil bakat-bakat kreativiti dikalangan pelajar dalam menggunakan perisian Adobe. Malah lebih membanggakan lagi wakil Malaysia iaitu Nicholas Ng Hwa Ee telah memenangi pingat perak dalam pertandingan ACA World Championship tahun lalu.

Tahun ini pertandingan bagi mencari ACA wakil Malaysia diadakan dengan lebih meriah bersama-sama seminar SEA Connect anjuran Acestar. SEA Connect merupakan seminar kreatif yang telah menghimpunkan pelbagai penggiat kreatif dalam berkongsi pengalaman industri, tips dan teknik menarik menggunakan perisian Adobe. Antara yang telah hadir sebagai panel termasuklah pengarah Wau Animation, iaitu syarikat animasi yang menghasilkan Ejen Ali.

Jika tahun lepas sebanyak 400 penyertaan dari seluruh negeri telah diterima, untuk tahun ini, sebanyak 600 penyertaan telah diterima dari seluruh Malaysia. Dari jumlah tersebut 10 peserta dipilih berdasarkan kecekapan dan kemahiran mereka dalam menggunakan perisian Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan juga Adobe Indesign.

Low Yi Ling dari Universiti UCSI telah menggondol tempat pertama dan akan hadir ke Anaheim, California mewakili Malaysia dalam pertandingan ACA World Championship. Untuk tempat kedua, Farid Rahman Hadi dari UIA bakal membawa pulang HP Z Workstation manakala Muhammad Noor Haikhmal M Satar memperoleh tempat ketiga dan membawa pulang Microsoft Surface Pro 4 bernilai RM 4,028.

Dengan kejohanan peringkat kebangsaan yang telah diadakan buat kali kedua tahun ini, ia sekaligus dapat mencungkil bakat muda kreatif tempatan, disamping meletakkan tahap industri kreatif yang lebih tinggi disegani semua.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.