Minggu lalu kami menyedari Astro mula memaparkan iklan pada paparan EPG (Electronic Program Guide) mereka. Iklan untuk syarikat telekomunikasi ini muncul setiap kali butang Info dan penukaran saluran dilakukan. Ia agak besar dan dengan warna merah menyala agak menyakitkan mata. Reaksi dari pengguna adalah negatif kerana iklan muncul pada kawasan yang dirasakan kurang sesuai.

Pagi ini kami menyedari Astro kekerapan iklan EPG dipaparkan sudah berkurangan. Ia kini muncul setiap tiga kali butang Info dan pertukaran saluran dilakukan. Ia kini kurang menjengkelkan berbanding sistem paparan sebelum ini. Apa pula pendapat pelanggan Astro yang lain yang membaca Amanz?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.