Di WWDC pagi ini, Apple mengumumkan kelak kesemua aplikasi di platform mereka akan membenarkan migrasi akaun sedia ada ke sistem Sign in with Apple. Dengan ini pengguna boleh memindahkan kesemua akaun milik mereka ke sistem Sign in with Apple sepenuhnya.

Beberapa tahun yang lalu adalah menjadi normal untuk menggunakan akaun Facebook untuk mendaftar kepada laman-laman popular. Akibatkan kini ramai terpaksa berfikir dua kali sebelum memadam akaun Facebook  peribadi kerana tidak mahu kehilangan akaun yang didaftarkan menggunakan sistem laman media sosial popular ini.

Tetapi pada waktu yang sama ia bergantung kepada pembangun untuk mengintegrasikan sistem Sign in with Apple terlebih dahulu. Menurut Apple setakat ini lebih 200 juta akaun telah didaftarkan menggunakan Sign in with Apple.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.