Keluaran Awal AMD Radeon VII Tidak Mempunyai Sokongan UEFI – AMD Hadir Dengan Penyelesaian

Tidak lama selepas pelancaran kad grafik terbaru AMD Radeon VII, AMD nampaknya berdepan dengan satu masalah yang sangat serius mengenai perkakasan tersebut, dimana ia dilaporkan bahawa banyak kad grafik Radeon VII keluaran awal tidak mempunyai sokongan untuk UEFI.

Isu ketiadaan sokongan UEFI ini adalah cukup serius kerana tanpanya, sistem operasi Windows 10 tidak boleh mengaktifkan ciri SecureBoot yang bermakna bahawa sistem operasi tersebut tidak boleh melindungi komputer anda daripada serangan perisian hasad.

Akan tetapi nampaknya beberapa syarikat pembina kad grafik seperti ASRock sudahpun hadir dengan kemaskini mereka sendiri yang memperbetulkan isu ini. AMD turut hadir dengan kemaskini mereka sendiri, dan menjanjikan bahawa mereka akan keluar dengan kemaskini satu-kali tekan yang lebih mudah digunakan tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.