Nampaknya Asus ROG Phone 3 bukan sekadar peranti permua semata-mata, tetapi ia juga dilihat sebagai peranti dengan sokongan audio terbaik. Ia dapat dilihat menerusi perkongsian laporan daripada DxOMark yang memperlihatkan peranti ini berjaya menduduki tangga kedua.

Sekaligus, mengalahkan Huawei Mate 20 X yang pernah dinobatkan sebagai antara yang terbaik sebelum ia dikalahkan oleh Xiaomi Mi 10 Pro. Sehingga kini, Xiaomi Mi 10 Pro kekal menduduki tangga pertama dalam carta audio DxOMark.

Berbalik kepada Asus ROG Phone 3, peranti ini dilihat mencatatkan skor keseluruhan dengan mata terkumpul sebanyak 75. Melaluinya, ia merangkul sebanyak 75 mata untuk keupayaan memainkan semula audio dan 74 mata pula untuk keupayaan rakaman audio.

Sama seperti pendahulunya iaitu ROG Phone 2, ROG Phone 3 juga dibekalkan dengan sistem pembesar suara stereo. Pujian diberikan pada kelantangan audio cukup baik dengan keseimbangan nada yang memuaskan. Keupayaan bassnya juga dikatakan memuaskan, meskipun terdapat sedikit kritikan padanya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.