Minggu lalu Apple memberikan kemas kini 3C39 kepada AirPods Max. Aneh sekali tiada maklumat menyeluruh diberikan mengenai apa yang ditambah baik dan apa ciri baharu yang hadir menerusinya. Kini misteri terjawab selepas 9to5Mac melakukan beberapa eksperimen pada fon kepala pasca kemas kini.

Menurut mereka 3C39 menyelesaikan masalah bateri AirPods Max yang habis terlalu pantas yang dilaporkan pada penghujung Januari lalu. Pengguna merungut fon kepala tidak berubah kei mod penjimatan bateri walaupun selepas dimasukkan ke dalam tempat simpanannya. Akibatnya ia seperti sentiasa ditambah kepada peranti dan bateri akan digunakan lebih pantas. AirPods Max adalah unik kerana tidak boleh dimatikan apabila tidak digunakan. Ia hidup sepanjang masa dan menanti untuk ditambat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.