Kemaskini Android Nougat Untuk Sony Xperia XA Dan XA Ultra Ditangguhkan

Kemaskini ke Android Nougat pada peranti Xperia XA dan XA Ultra mula diterima pengguna beberapa pasaran dunia minggu lalu. Pihak Sony walaubagaimanapun menemui beberapa masalah kecil selepas peranti dikemaskini secara OTA dan memutuskan untuk menghentikan kemaskini serta merta.

Xperia XA

Sony mengesyorkan pengguna yang telah melakukan kemaskini bahawa tiada masalah besar akan berlaku pada peranti. Bagi yang belum melakukannya, Sony sedang berusaha untuk memulakan semula proses kemas kini secepat mungkin

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*