Kemaskini Baharu Black Desert Mobile Mengandungi Sistem Perdagangan

4

Pearl Abyss telah membawakan kemaskini kepada Black Desert Mobile, permainan percuma untuk mudah alih berkonsepkan MMORPG. Dengan kemaskini tersebut, ianya membawakan kandungan mekanik serba baharu, untuk pemain mengalih perhatian dari perlawanan.

Anda kini boleh berdagang didalam Black Desert Mobile. Ianya menyerupai sistem Trader didalam Black Desert, namun diadaptasikan untuk peranti mudah alih dengan beberapa perubahan. Salah satunya adalah, anda perlu mempunyai 4 pekerja untuk memulakan Merchantry. XP pekerja tersebut akan meningkat dan misi dagangan akan disediakan dengan beberapa acara istimewa.

Berbeza dengan Black Desert, dimana anda perlu beli kereta kuda terlebih dahulu dan anda juga perlu mengembara dengan secara manual. Namun sistem ini memerlukan sedikit pelaburan untuk membenarkan pemain mempunyai pekerja, dan membenarkan anda untuk berdagan diantara satu kawasan ke kawasan yang lain. Ini adalah salah satu cara yang baik untuk menjana pendapatan tanpa perlu memburu raksasa tanpa henti.

Black Desert Mobile boleh dimuat turun sekarang untuk iOS dan Android.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*