Huawei dan Honor boleh dikatakan agak aktif dalam penawaran kemaskini sistem operasi untuk telefon pintar mereka. Terkini, bermula 20 Julai, iaitu hari ini, Honor Malaysia telah mula menawarkan kemaskini EMUI 8.0 kepada pengguna peranti Honor 7X.

Honor 7X

Kemaskini EMUI 8.0 ini turut menyertakan sistem operasi Android 8.0 Oreo, yang mana membawakan sejumlah ciri baru, termasuk sokongan notifikasi lebih baik, pengoptimasian prestasi, dan ketahanan bateri lebih baik.

Bagi anda yang menggunakan Honor 7X, boleh menyemak peranti anda hari ini, dan memulakan proses kemaskini anda hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.