Kemaskini Forza Horizon 4 Series 28 Tiba Dengan Trak Pikap

Turn 10 Studios dan Playground Games nampaknya masih lagi aktif dengan memberikan kandungan percuma kepada permainan mereka, Forza Horizon 4. Hari ini, kandungan baharu tiba melalui kemaskini Series 28 yang membawakan tiga kereta dan satu kandungan baharu.

Kereta-kereta yang dibawa masuk adalah trak pikap dan satu SUV. Salah satunya adalah Hennessey Velociraptor 6X6. Sebuah trak berdasarkan dari Ford Raptor namun dengan penambahbaikan Hennessey. Trak ini mampu menjana sehingga 600hp dengan penambahan tayar yang menjadikannya trak 6X6. Trak ini boleh diperoleh dengan menyelesaikan Seasonal Championship “Into The Wilderness”.

Trak GMC Syclone dan SUV GMC Typhoon adalah kandungan kereta yang lain. Untuk mendapat trak Syclone, anda perlu menyelesaikan 50% dari senarai main Summer, manakala Tyhpoon untuk Winter.

Kandungan baharu juga dibawa iaitu Horizon Backstage. Anda boleh akses fungsi ini selepas menyelesaikan beberapa cabaran seperti mencapai sesetengah peratus didalam Seasonal Playlist. Dengan akses tersebut, anda akan dibawa ke belakang pentas untuk mendapat kereta yang sukar didapati. Beberapa kereta baharu akan ditambah ke Horizon Backstage pada setiap bulan kelak.

Sumber: Forza.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*