Kemaskini iOS 10.3 boleh dimuat turun minggu lalu dan memperkenalkan sistem fail baru Apple File System (APFS) yang memberikan storan tambahan. Seperti biasa selepas kemaskini diberikan, terdapat laporan pepijat dan kerentanan. Pada iOS 10.3, kerentanan pada WiFi mendedahkan peranti kepada serangan penggodam.

Hari ini kemaskini iOS 10.3.1 boleh dimuat turun dan menampak kerentanan yang ditemui ini. Pada waktu yang sama ia menyelesaikan masalah kemaskini tidak boleh dimuat turun secara OTA pada peranti lama seperti iPhone 5 dan 5C yang masih menggunakan pemproses 32 bit. Saiz muat turun adalah sebesar 647 Megabyte.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.