Kemaskini iOS 13.1.2 Boleh Dimuat Turun Untuk Menampal Pelbagai Pepijat

Bukan rahsia iOS 13 dilancarkan dengan pelbagai pepijat yang membuatkan penggunaan peranti kurang lancar. Minggu lalu iOS 13.1.1 diberikan bagi menampal pelbagai pepijat yang dilaporkan. Hari ini sebuah lagi kemas kini baharu, iOS 13.1.2 pula diberikan.

iOS 13.1.2 adalah sebesar 78.1 MB sahaja. Ia menampal pepijat  yang mengakibatkan sandaran iCloud masih dipamerkan selepas proses storan semula, aplikasi kamera tidak berfungsi, lampu suluh tidak berfungsi dan banyak lagi. Pada hemat kami iOS 13 mungkin adalah sistem operasi yang paling banyak pepijat ditemui pasca pelancaran tetapi Apple segera menampalnya sebelum menimbulkan kemarahan pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.