Kemaskini iOS 14.2.1 Menyelesaikan Masalah Skrin Tidak Sensitif Pada iPhone 12 Mini

Apple kini mula menawarkan kemaskini iOS 14.2.1 untuk pengguna. Melaluinya, isu skrin tidak sensitif yang menjadi rungutan sebilangan pengguna iPhone 12 Mini kini boleh dibaik pulih. Pada masa sama, kemaskini ini turut menyelesaikan masalah sejumlah mesej MMS yang tidak dapat diterima, selain turut membaiki masalah kualiti audio pada aksesori pendengaran.

Saiz kemas kini adalah sebesar 1.11GB dan ia boleh dimuat-turut secara OTA menerusi skrin tetapan peranti yang layak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*