Berita Menarik

Kemaskini ke windows 10 Secara percuma termasuk pada yang mengunakan cetak rompak ?

Pembaca : 10
0 0

Mengikut berita dari Zdnet , Naib Presiden Eksekutif  Terry Meyerson dalam perasmian WinHEC di Shenzhen, China memaklumkan bahawa pengemaskinian ke versi baru windows 10 akan di beri secara percuma termasuk kepada mereka yang mengunakan sistem operasi ini secara tidak sah.  Dalam sidang media yang lain Meterson  bersama  Reuters Syarikat itu merancang untuk memberikan secara percuma sistem pengoperasian ini termasuk kepada pengguna yang mengunakan perisian tidak berlesen sama ada secara kemaskini ataupun mengunakan Pemasangan baru ISO . Perkara ini di lihat agak mengemparkan di mana selama ini seperti yang kita maklum bahawa pihak microsoft pasti akan mengenakan bayaran kepada setiap sistem pengoperasian yang mereka keluarkan.

Adakah ini strategi baru mereka yang mana seperti kita tahu , persaing terdekat Microsoft apple telah melancarkan 2 versi baru mereka secara percuma kepada penguna-penguna mereka. Namun pengemas kinian ini hanya menyokong pengguna versi windows 7 dan ke atas sahaja . Jika anda penguna windows XP ke bawah , Anda perlu memasang semula (Baru) dari ISO pemasangan.

Di bawah ini adalah Jenis pengemaskinian yang boleh di lakukan mengikut sistem lama yang anda gunakan.

 

screen_shot_2015-03-18_at_8.01.18_am_story

 

Sumber :-

http://www.zdnet.com/article/windows-10-to-launch-this-summer-with-free-upgrades-for-pirated-copies/

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %