Kemaskini OnePlus 6 Mengaktifkan Mod Potret Pada Kamera Swafoto

OnePlus 6 adalah telefon kelas utama yang dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845. OnePlus kali ini turut mengikut trend 2018 dengan menggunakan rekaan skrin berakuk pada panel Optic AMOLEDnya. Pada waktu pelancaran, Carl Pei iaitu pengasas bersama OnePlus menjanjikan di mana kemaskini akan datang OnePlus 6 akan menerima mod potret pada kamera swafoto. Kini Oxygen OS 5.1.6 telah hadir dan ciri itu telah pun aktif.

OnePlus 6

Mod potret OnePlus 6 turut mempunyai pelbagai pilihan untuk mengubah kesan bokeh di latar melalui kamera belakang. Antaranya adalah bokeh berbentuk hati, bintang dan juga bulatan. Sebelum ini kesan bokeh ini hanya muncul selepas gambar potret di ambil. Kini kesan bokeh ini boleh dilihat terlebih dahulu sebelum mengambil gambar.

Antara kemaskini lain adalah:

Rangkaian

  • Membaiki isu kestabilan dwi-sim

Panggilan Telefon

  • Pengoptimasian kejelasan panggilan telefon

Sistem

  • Sokongan paparan peratusan bateri pada bar status
  • Mempertingkatkan aras nada dering dan kualiti suara
  • Membuat jadual untuk mod Do Not Disturb (DND)
  • Menambah tetapan dwi-4G dalam tetapan “SIM & network”
  • Penggunaan kuasa yang dioptimasikan dan penstabilan sistem yang lebih baik

Earphone mode

  • Kemampuan menjawab panggilan telefon secara automatik apabila peranti berhubung dengan aksesori bluetooth audio

OnePlus kelihatan bersungguh-sungguh dalam pengoptimasian sistem dan juga fungsi menarik untuk kamera. Dengan kemaskini ini, pengguna tidak lagi perlu root untuk memasang GCam – kamera asal Oxygen OS kini mempunyai kemampuan yang hampir sama.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.