Kemaskini Origins No Man’s Sky Hadir – Penuh Dengan Kandungan

Kandungan melalui kemaskini No Man’s Sky nampaknya tidak akan berhenti semenjak keputusan mereka untuk menebus kegagalan mereka semasa pelancaran pada tahun 2016. Komitmen mereka harus dipuji dengan pelbagai kemaskini percuma sehingga hari ini, dengan versi 3.0, iaitu Origins.

Mengikut dari kemaskini tersebut, banyak kandungan ditambah seperti dibawah:

  • Planet baharu
  • Bintang binari dan ternari
  • Lanskap dramatik
  • Pengubahsuaian UI
  • Lebih banyak kepelbagaian
  • Fauna dan alien
  • Kepelbagaian cuaca dan awan
  • Paya
  • Penambahan kepelgaian warna
  • Penambahbaikan teleporter
  • Penambahbaikan mod gambar
  • Pembiakan
  • Gunung berapi
  • Ribut api
  • Bahan baharu untuk crafting
  • Meteor
  • Puting beliung
  • Pencahayaan baharu
  • Robot

Dan banyak lagi yang anda boleh lihat melalui nota penuh mereka.

Kemaskini Origins adalah percuma dan telahpun dilancarkan untuk PS4, PC (Steam) dan Xbox One.

Sumber: Gamer Matters.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*