OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan OnePlus pertama, yang mana menarik perhatian orang ramai. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 765G, mempunyai kamera sama dengan OnePlus 8, menyokong kadar segar semula dan menjalankan sistem operasi Oxygen OS yang sepatutnya memberikan pengalaman penggunaan seperti peranti mercu.

Tetapi, sayang sekali peranti dalam siri Nord ini mempunyai banyak masalah. Malah antara peranti yang mempunyai banyak masalah dalam banyak-banyak peranti kelas pertengahan lain. OnePlus Nord ada masalah terformat secara tiba-tiba, masalah rangkaian dan menimbulkan persoalan di manakah hilangnya identiti OnePlus? OnePlus Nord baru sahaja pada awal bulan ini menerima kemaskini Oxygen OS 11 stabil berasaskan Android 11, tetapi baru-baru ini kemaskini ini telah ditarik kembali kerana pihak OnePlus menemui banyak pepijat.

Tidak kira versi stabil atau beta, sama sahaja tetap ada pepijat. Jadi pengguna yang telah mengemaskini ke Android 11 akan tersangkut dengan sistem yang penuh dengan pepijat dan pengguna yang masih pada Android 10 perlu terus tunggu kemaskini baharu akan datang. Sayang sekali, jika pengguna ingin kembali ke versi stabil Android 10 – peranti perlu diformat sepenuhnya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.