Kemaskini Watch OS 5.1.1 Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Apple Watch

Seminggu lalu Apple menghentikan proses kemaskini watchOS 5.1 kerana ia menyebabkan Apple Watch gagal berfungsi. Pepijat ini membuatkan Apple Watch hanya menjadi sebuah skrin hitam yang tidak boleh dihidupkan.

Bagi pemilik Apple Watch, anda kini boleh memuat turun watchOS 5.1.1 yang tidak lagi menyebabkan masalah yang sama berlaku. Versi terkini sistem operasi membawakan fungsi panggilan audio Facetime secara berkumpulan, 70 emoji baharu, sistem pengesan jatuhan yang dikemaskini, menampal pepijat pada Walkie Talkie dan warna baharu untuk latar belakang muka jam. Saiz muat turun adalah sebesar 133 MB.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.