TechSemut Malaysia

Kemaskini Windows 10 Insider Terbaru Memperlihatkan Ciri-Ciri Baru Yang Bakal Hadir Pada Windows Fall Creators Update Kelak

Kemaskini Windows 10 Insider Terbaru Memperlihatkan Ciri-Ciri Baru Yang Bakal Hadir Pada Windows Fall Creators Update Kelak

Kemaskini Windows 10 Insider Terbaru Memperlihatkan Ciri-Ciri Baru Yang Bakal Hadir Pada Windows Fall Creators Update Kelak
Jun 09
14:52 2017

Windows Fall Creators Update tidak akan hadir sehingga bulan September tahun ini, tetapi pihak Microsoft baru sahaja mengemaskini sistem operasi Windows 10 bagi pengguna-pengguna Windows Insider Program yang memperlihatkan ciri-ciri terbaru yang berkemungkinan besar akan hadir pada waktu tersebut.

Kemaskini tersebut dinamakan Windows 10 Insider Preview Build 16215, dan ia hadir dengan kemaskini visual dan juga dalaman untuk pelbagai ciri-ciri sistem operasi Windows 10. Diantaranya termasuklah perubahan rekaan UI Start Menu dan Action Centre yang kini menggunakan Fluent System Design yang diumumkan pada acara Microsoft Build 2017 tidak lama dahulu.

Kemasan untuk sistem Start Menu ini termasuklah ciri pengubahsuaian sistem UI lutsinar dan saiz menu yang lebih mudah. Menu Action Center yang sebelum ini menggunakan sistem tetingkap yang tradisional juga telah diubah, dan kini menggunakan rekaan Fluent System Design dan juga Acrylic.

Pelayar web Microsoft Edge juga telah diberi kemaskini baru di dalam Preview Build ini, dan kini, anda boleh meletakkan sesawang web kegemaran anda terus ke taskbar. Salah-satu ciri yang sering diminta oleh pengguna pelayar web Edge ini ialah mod Full Screen, di mana pengguna boleh menggunakan keseluruhan skrin untuk menunjukkan tetingkap pelayar tersebut. Dengan kemasan ini pengguna hanya perlu menekan butang F11 untuk mengakses dan keluar dari mod tersebut.

Kemaskini juga hadir untuk aplikasi Cortana, dan penambahbaikan untuk ciri menulis dengan menggunakan stylus, termasuklah ciri pengesanan tulisan tangan yang lebih baik, dan juga ciri Where’s My Pen, di mana sistem operasi Windows 10 boleh memberitahu anda waktu terakhir anda menggunakan stylus anda untuk membantu pencarian, sekiranya anda kehilangan stylus tersebut.

Windows 10 Insider Preview Build 16215 ini hadir dengan kemaskini yang cukup menarik, dan apa yang kami tulis ini hanyalah sebahagian daripada apa yang Microsoft akan masukkan di dalam kemaskini Windows Insider tersebut. Kemaskini ini sudah hadir untuk pengguna Windows Insider Fast Lane, dan akan hadir untuk pengguna Windows Insider yang lain tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com