Share Button

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius penggabungan Grab dan Uber yang menyebabkan berlakunya kenaikan tambang apabila hanya satu penguasaan syarikat di negara ini.

Dalam kenyataannya, KPDNHEP sudah membawa isu tersebut ke tengah dan akan disiasat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang juga agensi kementerian yang mempunyai kuasa bagi sebarang tindakan mengikut Akta Persaingan 2010.

Isu monopoli dan tambang mula mendapat rungutan pengguna sebaik Grab mengambil alih keseluruhan perkhidmatan e-hailing di Malaysia.

MyCC yang berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak apabila penggabungan menyebabkan terbentuknya monopoli di dalam pasaran sehingga menyebabkan harga naik.

Ia berkata, monopoli itu menyalahi kedudukan seperti yang termaktub di bawah Seksyen 10 Akta Persaingan 2010.

“Penilaian terhadap aduan sedang dijalankan selepas maklum balas dengan Grab dan Uber,” katanya.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.