Kementerian Menasihatkan Supaya Mengehadkan Penggunaan Fon Telinga Ke 90 Minit Pada Sesuatu Masa

Pihak Kementerian Kesihatan sering berkongsi pelbagai nasihat berkaitan kesihatan melalui medium akaun sosial mereka. Terbaru, mereka turut berkongsi nasihat berkaitan penggunaan fon telinga.

Seperti ramai sedia maklum, pada masa kini, ramai yang menggunakan fon telinga – sama ada untuk menjawab panggilan, mendengar lagu, dan sebagainya.

KKM Earphone

Melalui perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka menasihatkan supaya pengguna tidak menetapkan tahap bunyi kepada lebih daripada separuh tahap, selain pada masa yang sama tetapkan setiap penggunaan fon telinga tidak melebih 90 minit.

Pada masa yang sama, pengguna turut dinasihatkan supaya memberi masa rehat yang mencukupi untuk telinga perbaiki kerosakkan – iaitu sehingga 16 jam.

Bagi anda yang menggunakan fon telinga, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya terlalu lama yang mungkin membawa kepada kesan negatif yang kekal.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*