Kami terdiri dari golongan dinosaur yang tidak pernah memiliki telefon mudah alih ketika masih di sekolah. Masa telah berubah dan kini memiliki sebuah telefon pintar sudah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar sekolah rendah. Hari ini Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia mengesahkan pihak Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan membenarkan pengguna telefon pintar di dalam kelas.

Menurut beliau penggunaan adalah dihadkan sebagai alat bantuan pengajaran di dalam kelas sahaja. Pihak Kementerian walau bagaimanapun masih perlu melakukan kajian lebih mendalam sebelum membolehkan penggunaannya di kelas kelak. Apakah pendapat anda tentang langkah ini? Seperti kami laporkan sebelum ini, di United Kingdom sebuah sekolah merampas telefon pintar dan konsol milik pelajar sebelum musim peperiksaan. Markah pelajar menunjukkan peningkatan selepas program “merampas” ini dimulakan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.