Prasarana kini hadir dengan kempen istimewa dengan menawarkan pakej beli satu percuma satu untuk pas perjalanan tanpa had My30. Melaluinya, para pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL akan diberikan satu baucar pas percuma My30 untuk setiap pembelian pas perjalanan tanpa had My30 yang dibuat. Baucar percuma ini boleh ditebus dan digunakan untuk pembaharuan pada bulan berikutnya.

Ia bagaiamanapun, terhad untuk 8,333 penebusan sahaja dan seorang pengguna hanya boleh membuat sekali penebusan sahaja. Kempen telah bermula sekarang dan tempoh penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari sehingga 31 Mac 2021 kelak. Untuk makluman, tawaran ini hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan dan bas di sekitar Lembah Klang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.