Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini mengatakan mereka akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik. Hal ini adalah berikutan kenaikan harga barangan elektronik pada masa kini.

Seperti ramai sedia maklum, sejak PKP dilaksanakan, pengguna perlu bekerja dan melalui pembelajaran dari rumah. Hal ini sekaligus membawa kepada permintaan tinggi untuk komputer riba, tablet dan telefon pintar di pasaran.

Ditambah dengan PKP yang mengehadkan pengeluaran, ia sekaligus membawa kepada kekurangan penawaran bilangan peranti dipasaran. Secara tidak langsung, ia turut membawa kepada peningkatan harga jualan peranti di pasaran.

Sejak daripada penghujung tahun lepas, penawaran telah mula beransur pulih secara berperingkat – namun beberapa pengeluar peranti sedia menyasarkan pengurangan penawaran pada tahun ini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada benar-benar kekurangan model – termasuk penawaran model laa dipasaran, atau mempunyai elemen pencatutan atau tidak. Selari dengannya, kini pihak kerajaan mengumumkan bakal menyiasat berkaitan dengannya. Untuk makluman, sekiranya peniaga barangan elektronik menaikkan harga, denda sehingga RM100,000 akan dikenakan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.