TechSemut Malaysia

Kenali Albert Einstein saintis Agung abad ke 20

Kenali Albert Einstein saintis Agung abad ke 20

Kenali Albert Einstein saintis Agung abad ke 20
Januari 26
15:45 2017

Einstein-in-1921

Albert Einstein berasal dari UlmJerman dan dilahirkan pada tahun 1879. Beliau merupakan pengasas kepada teori relativiti khas ( special theory of relativity ) dan teori relativiti umum (general theory of relativity).

Ketika berumur 21 tahun, beliau telah tamat belajar di Zurich Politechnikum, Jerman. Namun setelah 8 bulan tamat belajar beliau sendiri gagal mendapat apa-apa tawaran pekerjaan. Pada mulanya beliau yakin tawaran bekerja pasti berkepok-kepok datang kepada beliau. Ini kerana, pencapaian akademiknya tidaklah teruk iaitu 4.91 daripada 6.00. Antara sasaran pekerjaan beliau ialah menjadi pembantu fizik kepada seorang profesor fiziknya bernama Heinrich Weber.

Malangnya di antara 4 orang pelajar yang ditemuduga, 3 orang daripadanya telah dilantik menjadi pembantu penyelidik kepada professor tertentu, sementara Einstein sebagai  orang keempat langsung tidak mendapat tawaran apa-apa. Sebaliknya Weber telah melantik 2 orang pelajar lain dan bukan Einstein sebagai pembantunya.

Tapi, Einstein tidak berputus asa. Beliau meneruskan usahanya dengan memohon pula kepada Wilhelm Ostwald dari Leipzig, Jerman dan juga Heike Kamerlingh Onnes dari Leiden, Belanda. Tetapi kedua-duanya langsung tidak membalas permohonan Einstein! Pada hari ini, surat Einstein yang pernah diutuskan kepada Onnes telah dijadikan bahan bersejarah yang dipamerkan di muzium Leiden.

Berkenaan hal ini, Einstein kerap berkongsi perasaan dengan pasangannya Mileva Maric, iaitu gadis sekelasnya. Pada 27 Mac 1901 beliau menulis kepada Mileva, “..i’m absolutely convinced that Weber is to blame.. it doesn’t make any sense to write to any more professors, because they will surely turn to Weber for information about me at a certain point, and he will just give me another bad recommendation..”

Selalunya Einstein kerap menyalahkan pensyarahnya iaitu Weber apabila beliau susah mendapat pekerjaan. Kenapa?

Begini, di Zurich Politechnikum, ataupun dikenali juga sebagai ETH di kalangan rakyat Jerman, Einstein telah belajar dengan beberapa professor yang terkenal di zaman tersebut, malangnya hubungan beliau dengan mereka tidaklah begitu baik. Ini kerana, mereka menganggap Einstein tidak menghormati mereka kerana sering mempersoalkan apa yang diajar.

Tindakan Einstein telah dianggap sebagai mencabar integriti mereka. Perkara ini dapat dilihat daripada kata-kata professor Heirich Weber yang mengajar Einstein,

“..You are a smart boy, Einstein, very smart boy. But you have one great fault : You do not let yourself be told of anything..”

Sememangnya ini merupakan sikap Einstein. Beliau tidak mudah menyerap sebarang maklumat ke otaknya tanpa menguji mereka. Einstein berkata, “unthinking respect for authority is the greatest enemy of the truth..”

 Dalam suatu ungkapan lain, Einstein berkata,

school failed me, and I failed the school. It bored me. The teachers behaved like feldwebel ( sergeants ). I wanted to learn what I wanted to know, but they wanted me to learn for exam. What I hated most was the competitive system there, and especially sports. Because of this, I wast worth anything and several times they suggested I leave. This was a catholic school in Munich. I felt that my thirst for knowledge was being strangled by my teachers; grades were their only measurement. How can a teacher understand youth with such a system? From the age of twelve I began to suspect authority and distrust teachers..”

 Disebabkan sikap beliau ini ramai profesor yang tidak suka kepada beliau. Sebahagian cuba menghalaunya supaya pergi kepada kursus yang lain selain fizik. Antaranya ialah John Pennet,

you can do what you like & I only wish to warn you about your own interest..”.

Seorang professor beliau bernama Herman Minkowski malah menggelar Einstein sebagai “lazy dog”. Sebenarnya gelaran lazy dog bukanlah bermaksud Einstein pemalas. Sebaliknya beliau hanya bersikap memilih. Einstein akan bersungguh-sungguh terhadap sebahagian subjek sahaja manakala sebahagian yang lain akan di abaikan terus. Antara subjek yang diminati oleh Einstein adalah fizik klasik yang diajar oleh Heinrich Weber sendiri.

Ketika beberapa tahun di ETH Einstein begitu berminat dan ghairah untuk belajar daripada Weber. Einstein telah berkongsikan perkara ini dengan Mileva Maric. Pada Februari 1898 Einstein menulis “..Weber lectured masterfully. I eagerly anticipate his every class..”

Namun, apabila memasuki ke tahun 4, Einstein mula berasa tidak puas hati dengan Weber. Ini kerana Weber hanya mengajarnya semata-mata fizik klasik. Beliau mula mengabaikan beberapa perkara yang diajar oleh Weber seperti teori James Clerk Maxwell yang berkaitan fenomena elektromagnet. Dalam hal ini, Einstein tidak teragak-agak untuk berterus terang dengan Weber berkenaan perasaannya yang tidak menyukai beberapa perkara yang diajar oleh Weber. Ini menyebabkan hubungan di antara guru dan anak murid ini mulai renggang. Disebabkan itu apabila Einstein memohon kerja daripada profesor tertentu, mereka akan meminta maklum balas daripada pensyarah yang pernah mengajar Einstein antaranya Weber sendiri. Mungkin feedback yang diberikan oleh Weber adalah negatif dan disebabkan itu Einstein gagal mendapat kerja daripada professor yang dimohon.

Einstein dan Teori Relativiti

Di pertengahan bulan Mei 1901, Einstein telah mendapat kerja di sekolah teknikal di Winterhur, Switzerland. Beliau telah mengajar subjek matematik menggantikan guru yang dikerahkan untuk berkhidmat dalam tentera. Pada musim bunga di tahun yang sama, Einstein mendapat pula tawaran bekerja sebagai pengajar di sekolah yang lain terletak di Schaffhausen, Switzerland. Kemudian pada bulan Jun beliau bekerja pula di sebuah pejabat hak cipta (patent office) di Bern, Switzerland. Disinilah tempatnya dimana Einstein mula mendapat idea untuk menghasilkan teori bombastik berkenaan teori relativiti.

Ketika di Bern, Einstein telah bekerja bersama dengan Michael Angelo iaitu rakannya ketika di ETH dahulu. Berkenaan Angelo, Einstein pernah berkata, “.. I coud not have found a better sounding board in the whole of Europe..”

Walaupun teori relativiti adalah sebuah penemuan yang berimpak tinggi, namun Albert Einstein langsung tidak mendapat apa-apa pengiktirafan termasuklah hadiah nobel daripada teori relativitinya. Namun itu bukanlah bermaksud teori ini tidak mempunyai nilainya ataupun salah. Sebaliknya ia memerlukan masa yang begitu lama untuk manusia memahami dan membuktikannya. Pada hari ini kita boleh katakan sains dan teknologi bergerak disebabkan wujudnya teori relativiti Einstein. Sistem GPS, satelit-satelit komunikasi dan banyak alat teknologi lain telah berfungsi di atas prinsip relativiti yang dikembangkan oleh Albert Einstein.

Hasil daripada teori relatviti, ia banyak membantu saintis untuk lebih memahami alam ini dan dalam masa yang sama juga menjadi bahan hiburan pula kepada pengarah filem. Istilah-istilah seperti lubang ulat ( wormhole ), lohong hitam ( black hole ), time travel, teleportation dan pelbagai lagi sebenarnya berakar umbi dari teori Einstein. Kebanyakan dari konsep-konsep yang disebutkan ini telah digunakan dalam banyak filem-filem superhero, sains fiksyen dan lain-lain bentuk genre perfileman.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com