TechSemut Malaysia

Kenali ASIMO, robot tercanggih buatan manusia setakat ini

Kenali ASIMO, robot tercanggih buatan manusia setakat ini

Kenali ASIMO, robot tercanggih buatan manusia setakat ini
Januari 26
14:57 2017

Screen Shot 2016-07-30 at 2.18.02 AM

ASIMO adalah singkatan bagi Advanced Step in Innovative Mobility dan ia diiktiraf sebagai robot humanoid tercanggih pernah dicipta. ASIMO dihasilkan syarikat Honda dan tempoh penyelidikannya telah pun menjangkaui lebih 20 tahun sejak tahun 1986. Pada ketika itu, kajian banyak dilakukan untuk menghasilkan robot humanoid yang boleh berjalan seperti manusia. Model pertama diberi nama EO, diikuti dengan model E1, E2 dan E3 iaitu dari tahun 1987 hinggalah tahun 1991.

EO dicipta pada tahun 1986, dan dia berjalan dengan sangat perlahan. Untuk berjalan selangkah sahaja EO memerlukan masa selama 20 saat. Selepas berjalan selangkah, EO perlu berhenti untuk mendapatkan keseimbangan badan pada kakinya sebelum melangkah untuk yang seterusnya. Pergerakan ini dinamakan sebagai “static walking” dan manusia tidak berjalan seperti EO, jadi saintis Honda meneruskan penyelidikan mereka pada model E1, E2 dan E3. Model-model ini mempunyai kebolehan untuk berjalan sama seperti manusia dan ia lebih maju dari model pertama EO. Pergerakan pada model-model ini dinamakan sebagai “dynamic walking“.

Hingga ke tempoh ini (1987-1991), ia dikenali sebagai fasa teknologi satu dimana pencapaian tertinggi dicapai pada model E2 dengan kebolehannya untuk berjalan pada kelajuan 1.2 Km/j di permukaan rata. Dalam fasa teknologi kedua, robot-robot E4, E5 dan E6 pula dihasilkan. Model-model ini hanya dilengkapi dengan tubuh, sepasang kaki dan sepasang tangan tanpa kepala.

Model yang mempunyai kepala hanya wujud pada fasa teknologi ketiga yang diberi nama P1. Didalam fasa ketiga, terdapat 3 model dihasilkan iaitu P1, P2 dan P3. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dari jurutera HONDA, sebuah robot yang lebih canggih telah berjaya dihasilkan pada tahun 2000 dan robot itulah yang kita kenali sebagai ASIMO. ASIMO mempunyai kebolehan untuk berjalan sejauh 2.7 Km dengan kelajuan 6 km/jam.
Pada model E4, E5 dan E6 robot ciptaan Honda mempunyai kebolehan untuk berjalan di permukaan yang bersudut dan tidak rata. Model-model ini malah boleh menaiki tangga. Pada fasa ini jurutera Honda menamakan pergerakan robot mereka sebagai ” Walking like a pro”. Tetapi jurutera Honda tidak berhenti setakat itu sahaja, mereka mahukan robot yang boleh berjalan sama seperti manusia. Ini termasuklah pergerakan yang melibatkan hayunan pada lengan. Perkara ini akhirnya berjaya dicapai pada model PI dan generasi robot yang seterusnya.

Lain-lain kelebihan

Selain mampu berjalan dan menaiki tangga ASIMO juga boleh berkata-kata. Ia mempunyai sensor yang mengesan punca bunyi. Justeru, apabila bercakap dia akan mengalihkan pandangan mukanya ke arah punca bunyi tersebut. ASIMO juga mempunyai tangan yang mampu memegang sebiji gelas, memegang benda-benda kecil sama seperti tangan manusia.

Di tapak tanganya mempunyai deria sentuhan yang membolehkan ASIMO memberi force yang bersesuaian dengan objek yang disentuh. Ini membolehkan daya yang seimbang dikenakan apabila ASIMO berjabat tangan dengan manusia, memegang gelas, membawa fail dll. Daya yang seimbang bermaksud — sebagai contoh apabila robot ini memegang gelas kaca, daya yang tidak terlalu kuat dan bersesuaian sahaja dikenakan untuk mengelakkannya pecah. Al maklum robot, mereka bukan tahu mengendalikan daya supaya bersesuaian dengan benda yang dipegangnya.

Selain itu, ASIMO juga mempunyai keupayaan untuk mengawal “tenaganya” mengikut keadaan. Sebagai contoh, jika ia dikehendaki menolak troli, daya yang bersesuaian diperlukan supaya troli tidak ditolak dengan terlalu laju. Jika menaiki sudut yang curam maka ASIMO akan mengubah force nya dengan mengenakan daya yang lebih besar untuk menolak troli tadi. Malah ASIMO mempunyai kebolehan untuk melakukan beberapa gerakan senamrobik termasuk berdiri dengan sebelah kaki, malah melompat-lompat. Pergerakan-pergerakan ini semuanya dikaji terlebih dahulu berasaskan anatomi manusia sebenar. Contohnya, untuk menghasilkan robot yang boleh berjalan seperti manusia, jurutera Honda telah mengkaji fisiologi pada kaki terutamanya dibahagian ‘joint’. Joint pada robot ASIMO dikenali sebagai degree of freedom dan ASIMO mempunyai 34 degree of freedom di keseluruhan badannya. Setiap degree of freedom mempunyai kebolehan untuk bergerak ke atas/ bawah, ke kiri/kanan.

Selain itu, kesemua elemen yang diperlukan untuk berjalan telah diaplikasikan pada ASIMO. Umpamanya elemen menghayunkan tangan ketika berjalan. Robot ASIMO juga melakukannya untuk mendapatkan keseimbangan badan yang ideal. Malah ASIMO juga mempunyai tumit (juga untuk keseimbangan) sama seperti manusia.

ASIMO juga boleh memberi respon tertentu kepada pergerakan manusia. Contohnya jika kita ingin menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan mereka, ASIMO akan memberi respon untuk bersalaman semula. Begitulah ASIMO telah diprogram untuk mengenal pasti beberapa bentuk pergerakan manusia dan memberi respon kepadanya.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com