TechSemut Malaysia

Kenali James Clerk Maxwell : Bapa Gelombang elektromagnet

Kenali James Clerk Maxwell : Bapa Gelombang elektromagnet

Kenali James Clerk Maxwell : Bapa Gelombang elektromagnet
Januari 26
15:45 2017

maxresdefault (1)

Penemuan Faraday berkenaan elektrik dan magnet tidak berhenti ketika beliau hidup sahaja. Seorang ahli Fizik Scottish bernama James Clerk Maxwell telah meneruskan lagi kajian Faraday berkenaan elektrik dan magnet. Berbeza dengan Faraday yang tidak bersekolah, Maxwell pula mempunyai pendidikan yang tinggi. Beliau berasal dari keluarga yang berada. Bapanya seorang peguam, manakala ibunya telah meninggal dunia ketika beliau berumur 8 tahun.

Maxwell telah bersekolah di Edinburgh Academy dan dikenali kerana sikapnya yang suka menyendiri. Disebabkan itu beliau kerap diusik oleh rakannya. Mereka menggelarnya “Dafty” untuk mengejeknya. Entahlah, apa pula maksud “Dafty” ini kami sendiri tak tahu. Selepas tamat sekolah, Maxwell melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Edinburgh dan kemudian memasuki pula universiti Cambridge selepas itu. Justeru, tidak hairan kenapa Maxwell banyak memahami selok belok teknikal dan matematik yang membelakangi ilmu fizik.

Kajian Maxwell berkenaan elektrik dan magnet mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada dunia fizik hari ini. Einstein pernah menyebut sumbangan Maxwell sebagai ” the most profound and the most fruitful that physics has experienced since the time of Newton“. Ini menunjukkan betapa besarnya impak kerja Maxwell kepada dunia fizik. Pada tahun 1864, iaitu 3 tahun sebelum kematian Michael Faraday, Maxwell telah menghasilkan sebuah persamaan yang menerangkan semua fenomena yang bersangkut paut dengan elektrik dan magnet.

Daripada persamaan ini juga, Maxwell mendakwa elektrik dan magnet merupakan sebuah entiti yang sama. Beliau mendapati apabila elektrik dihasilkan, secara tidak langsung medan magnet juga akan dihasilkan. Medan magnet yang pada asalnya tidak wujud, telah ada apabila tenaga elektrik dihasilkan. Disebabkan itulah, Maxwell mendakwa elektrik dan magnet merupakan sebuah entiti yang sama, dan beliau menggelarnya sebagai fenomena gelombang elektromagnet.

Cahaya sebagai gelombang elektromagnet?

Selain itu, persamaan Maxwell juga telah mengira berapakah kelajuan pergerakan gelombang elektromagnet tadi. Beliau mendapati kelajuannya adalah sebanyak 299, 792 km per saat. Eh, ia adalah kelajuan cahaya! Adakah cahaya sebuah fenomena elektromagnet? Ya, cahaya adalah sebuah fenomena elektromagnet. Persoalannya, bagaimanakah Maxwell mengaitkan elektromagnet dengan kejadian cahaya?

Apabila beliau mengira kelajuan gelombang elektromagnet, beliau mendapati kelajuannya adalah sepantas 299, 792 km per saat. Ia adalah kelajuan yang hampir menyamai kelajuan cahaya. Dari situlah Maxwell mendakwa cahaya adalah kejadian gelombang elektromagnet. Penemuan ini telah dikongsikan oleh Maxwell dalam sebuah jurnal yang bertajuk “A Dynamical Theory of the Electromagnetic Field. dan telah diterbitkan pada tahun 1865 oleh Transactions of the Royal Society. Dalam jurnalnya Maxwell menulis, “.. this velocity is so nearly that of light, that it seems we have strong reason to conclude that light itself is an electromagnetic disturbance.. .

 Untuk menghargai jasa Maxwell, pada tahun 2015 Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu ( United Nation, UN ) telah menggelar tahun ini sebagai “international year of light sebagai menandakan genap 150 tahun, jurnal fizik James Maxwell tadi telah diterbitkan.

Untitled

Rajah (a) Beginilah kejadian cahaya yang terdiri daripada      elektrik dan magnet! 

Maxwell-Boltzmann distribution

Biasanya Maxwell hanya terkenal dengan elektromagnet sahaja. Tetapi beliau juga mempunyai sumbangan yang lain juga dalam fizik statistik. Dalam teori gas, Maxwell mendapati suhu gas bergantung kepada pergerakan setiap atom dan molekul dalam gas tersebut. Beliau juga mendakwa kelajuan bagi setiap atom dan molekul juga adalah tidak sama. Apabila pelanggaran berlaku di kalangan atom dan molekul, sebahagian akan mengalami kelajuan yang lebih tinggi dan sebahagian yang lain akan mengalami kelajuan yang lebih perlahan.

j

Rajah (b) Teori kinetik gas Maxwell-Boltzman

Maxwell telah meninggal dunia pada tahun 1879 disebabkan oleh kanser. Beliau meninggal pada umurnya yang muda iaitu 48 tahun. Umur tersebut adalah umur yang sama ketika ibunya meninggal dunia.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com