TechSemut Malaysia

Kenali Johannes Kepler pengasas model sistem suria

Kenali Johannes Kepler pengasas model sistem suria

Kenali Johannes Kepler pengasas model sistem suria
Januari 26
15:05 2017

vdfvgfbnthnfvsdcaxcdc

Jika dibuka sejarah, semua orang tahu teori heliosentrik telah dipelopori oleh Copernicus manakala Johannes Kepler adalah orangnya yang membetulkan konsep pergerakan planet-planet di sekeliling matahari tadi. Kepler merupakan anak murid kepada Tycho Brahe dan beliau mula membantu Brahe apabila umurnya 27 tahun. Ketika bekerja di bawah Brahe, beliau ditugaskan mengkaji orbit pada planet Mars yang ketika itu sangat sukar untuk difahami.

Sebenarnya Brahe sendiri tidak menyokong idea heliosentrik,  sebaliknya beliau cenderung kepada konsep geosentrik yang diasaskan Aristotle. Ini berbeza dengan Kepler yang mempercayai konsep heliosentrik Copernicus. Seumur hidup Brahe, beliau telah abadikan masanya untuk mengkaji planet-planet di angkasa demi membuktikan teori geosentrik yang beliau anuti.

Disebabkan itu Brahe berasa sangsi kepada Kepler yang ditakuti akan menggugat kedudukannya sebagai pakar astronomi di waktu itu. Tidak semua maklumat astronomi Brahe telah dikongsi bersama Kepler, sebaliknya hanya sebahagian sahaja yang dikongsikannya. Brahe tidak mahu Kepler menggunakan data-data astronominya untuk membuktikan teori heliosentrik Copernicus.

Apabila Brahe meninggal dunia, semua hasil kerjanya telah disimpan oleh Kepler. Itupun sebahagian sahaja daripadanya didapati secara “legal” dan sebahagian besarnya pula secara “illegal”. Ini kerana, setelah Brahe meninggal Kepler mengalami masalah dengan keluarga Brahe yang ingin terus memonopoli hasil kerja Brahe bagi tujuan wang. Disebabkan itulah Kepler mengalami kesukaran untuk mengakses kesemua hasil kerja Brahe bagi ujikaji  beliau dan terpaksa mendapatkannya samada secara sah ataupun tidak.

Pada awalnya, Kepler mempunyai kepercayaan bahwa bulatan adalah sebuah bentuk suci dan planet-planet telah di arahkan Tuhan untuk mengorbit mengikut bentuk bulatan. Namun, apa yang diperhatikan adalah sebaliknya dimana planet-planet mengorbit matahari dalam bentuk bulatan panjang ataupun ellipse. Biasanya, orang kita tidak menyebutnya sebagai bulatan panjang tetapi mereka menyebutnya sebagai lonjong. Cuba perhatikan beberapa ciri bentuk lonjong.

Pertama bentuk lonjong mempunyai 2 titik fokus. Dalam sebutan inggeris, plural nya disebut foci dan singularnya disebut focus. Jumlah 2 jarak daripada mana-mana sisi lonjong ke titik fokus adalah tetap. Dengan merujuk pada rajah (a), maka a + b = constant. 

Screen Shot 2016-01-19 at 3.39.27 PM

                                         Rajah (a)

Kedua kadar kerataan ( flattening ) bagi bentuk lonjong di kenali sebagai eccentricity. Jadi, pada rajah dibawah, bentuk lonjong dikatakan semakin eccentric daripada kiri ke kanan. Jika rupa bentuk adalah bulatan maka nilai eccentricity nya pula adalah sifar dan apabila ia semakin rata ( flattening ), maka nilai eccentricity nya akan menghampiri kepada 1. Jadi kesemua bentuk lonjong mempunyai nilai eccentricity daripada sifar kepada satu—Rajah (b).

Screen Shot 2016-01-19 at 3.41.59 PM

                                                          Rajah (b)

Namun, bentuk orbit yang terdapat pada planet memang berbentuk lonjong tetapi nilai eccentricity sangat kecil bagi kebanyakan planet dan mereka akan kelihatan seperti bulatan yang sempurna pada sekali pandang. Seseorang itu perlu mengukur geometri orbit planet secara berhati-hati untuk menentukan bentuk sebenar orbitnya bukanlah bulatan yang nilai eccentricity adalah 0, tetapi sebaliknya lonjong yang mempunyai nilai eccentricity yang amat kecil. Apabila Kepler membuat pemerhatiannya berkenaan hal ini, dan ditambah pula dengan maklumat yang didapatinya daripada Brahe, Kepler menyimpulkan, pergerakan planet-planet ini telah mematuhi 3 undang-undang yang dikenali sebagai three laws of planetary motion.

Kepler’s First law Kita sudah pun bincangkan sebelum ini beberapa ciri yang terdapat pada bentuk lonjong. Dalam undang-undang pertama Kepler, beliau menyebut matahari tidak berada pada kedudukan tengah-tengah bentuk lonjong sebaliknya berada pada salah satu titik fokus. Manakala planet-planet pula akan mengelilingi matahari mengkuti garisan orbit yang berbentuk lonjong tadi. Ini bermaksud, jarak di antara bumi dan matahari akan berbeza-beza pada waktu tertentu sepanjang bumi melalui orbit yang berbentuk lonjong tadi. Adakalanya ia akan berada amat dekat dengan matahari (disebut perihelion) adakala ia berada jauh daripada matahari (disebut sebagai aphelion).

Kepler’s Second law Menurut undang-undang kedua, kelajuan planet di sepanjang orbit juga berbeza-beza. Pada kedudukan planet berada dekat dengan matahari, ataupun perihelion kelajuannya akan semakin laju, dan pada kedudukan planet yang jauh daripada matahari ataupun aphelion kelajuannya akan semakin berkurang.

Kepler’s Third law Menurut undang-undang ketiga, tempoh planet mengorbit matahari akan semakin laju jika kedudukannya semakin hampir dengan matahari. Disebabkan itulah, planet Merkuri iaitu planet yang paling hampir dengan matahari hanya mengambil masa selama 88 hari sahaja untuk mebuat satu pusingan yang lengkap manakala planet paling jauh iaitu Pluto mengambil masa selama 248 tahun untuk membuat pergerakan lengkap.

Biasanya planet Merkuri selalu disebut sebagai planet yang terpanas dan pluto pula adalah planet yang paling sejuk. Suhu di planet Marikh boleh mencecah sehingga ke 500 Kelvin atau bersamaan juga dengan 227 darjah selsius. Penulis-penulis sains fiksyen gemar membayangkan kepada pembaca buku mereka akan kepanasan melampau pada planet ini sehingga mampu meleburkan besi. Sebenarnya ia tidak benar sama sekali.

Walaupun suhu di planet merkuri amat panas, namun ia tidaklah sampai ke tahap meleburkan besi. Selain daripada panas, antara ciri unik lain pada merkuri ialah ia tidak mempunyai atmosfera. Justeru, planet ini tidak mampu memerangkap haba yang ada padanya dan suhu pada waktu malam akan menjadi terlampau sejuk sehingga mencecah 100 Kelvin ataupun bersamaan juga dengan -173 darjah selsius. Satu lagi perkara yang unik berkenaan merkuri ialah, hukum-hukum Kepler semuanya terpakai kepada semua planet yang mengorbit matahari kecuali sebuah planet sahaja yang tidak iaitu Merkuri.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Label
Share

About Author

neto

neto

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com