TechSemut Malaysia

Kenali Leonard Susskind saintis yang membuktikan Stephen Hawking silap

Kenali Leonard Susskind saintis yang membuktikan Stephen Hawking silap

Kenali Leonard Susskind saintis yang membuktikan Stephen Hawking silap
Januari 26
15:05 2017

mjhgf

Leonard Susskind, ayahnya bekerja sebagai tukang paip. Apabila beliau tidak bercadang meneruskan pekerjaan ayahnya, bapanya agak terkejut. Apabila ditanya apa yang dia inginkan, prof Susskind menjawab, beliau ingin menjadi ahli fizik. Ayahnya runsing lalu bertanya ahli fizik itu macam mana? Jawapan menarik prof Susskind, “seperti Einstein” dan barulah ayahnya mengerti apa yang dimaksudkan dengan ahli fizik.

Walaupun pada hari ini, prof Susskind bukanlah seperti Einstein tetapi namanya sungguh besar dalam dunia fizik hari ini. Beliau telah bekerja sebagai profesor di University Stanford selama 35 tahun lamanya dan merupakan salah seorang pengasas kepada teori Tetali.

Prof Susskind kini berusia 74 tahun (2015), dan dilahirkan di New York dalam sebuah keluarga berketurunan Yahudi. Menyebut mengenai keluarganya, prof Susskind menyebut,

“I grew up in what can only be described as an extreme working-class family. My father was a plumber with a fifth grade education. All his friends were plumbers and steam fitters and steeple jacks. If you were as poor as him and had to leave school, you had two choices: you could either become a working man or you could become a gangster.”

Selepas bergraduasi, prof Susskind telah bekerja sebagai pembantu profesor di Universiti Yeshiva yang terletak di New York. Beliau kemudian menjadi profesor di universiti Tel Aviv sebelum berpindah ke Universiti Stanford pada tahun 1978.

Pada tahun 1998, prof Susskind telah menerima anugerah JJ Sakurai untuk kajiannya berkenaan “pioneering contributions to hadronic string models, lattice gauge theories, quantum chromodynamics and dynamical symmetry breaking”.

Menyedari beliau mempunyai bakat menjelaskan teori yang susah dalam bahasa yang mudah, beliau mula menulis buku. Buku pertamanya bertajuk The Cosmic Landscape – about string theory dan diterbitkan pada tahun 2005.

“The balckholes war”

Professor Susskind merupakan penulis kepada seuah buku yang bertajuk Theoretical Minimum yang membincangkan mengenai kuantum mekanik. Walaupun Richard Feynman sendiri pernah menyebut, “I think I can safely say that nobody understands quantum mechanics”, namun percayalah anda tidak perlu berkelulusan degree pun dalam fizik untuk memahami buku prof Susskind. Buku ini telah menjadi best seller di Amerika Syarikat, malah Wall Street Journal turut memberi jolokan “the book” for introductory physics.

Pada tahun 1981, berlakulah apa yang disebut sebagai “black holes war” iaitu pertembungan di antara prof Susskind dengan ahli kosmologi Stephen Hawking. Tapi perlulah difahami, ia bukanlah sebuah peperangan fizikal, sebaliknya hanyalah percanggahan pendapat di antara kedua jagoan fizik ini.

Disebabkan itu, prof Susskind telah menulis sebuah buku yang bertajuk, “The Black Hole War: My Battle with Stephen Hawking to Make the World Safe for Quantum Mechanics”. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

Stephen Hawking dalam dakwaannya menyebut, apabila maklumat disedut ke dalam lohong hitam, ia akan dimusnahkan. Ini tentulah menimbulkan konflik kerana mekanik kuantum pula mendakwa maklumat tidak boleh dihancurkan. Walaubagaimanapun, pada akhirnya prof Susskind dapat juga membuktikan dakwaan Stephen Hawking adalah sebuah kesilapan. 

Namun, ia merupakan sebuah perbezaan idea yang langsung tidak menjejaskan hubungan antara ahli fizik ini. Mengenai Stephen hawking, prof Susskind sendiri menyebut, “He’s one of the great physicists of all time. He saw the right questions – which can often be more important than finding the right answers.”

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com