TechSemut Malaysia

Kenali Louis de’ Broglie, pengasas teori gelombang zarah

Kenali Louis de’ Broglie, pengasas teori gelombang zarah

Kenali Louis de’ Broglie, pengasas teori gelombang zarah
Januari 26
15:45 2017

Screen Shot 2016-07-11 at 12.58.01 PM

Pernah terdengar mengenai elektron? Semua orang tahu elektron adalah kejadian zarah. Tetapi sebenarnya elektron bukan sahaja bersifat zarah, tetapi juga adalah gelombang!

Perkara ini telah diusulkan oleh Louis De’ Broglie pada tahun 1924 (sebutan Broglie ialah “broylee” bukan brogeli). Broglie adalah ahli fizik berasal daripada Perancis.

Jika dibuka sejarah, De’ Broglie bukanlah berasal dari jurusan fizik. Pada mulanya beliau mengambil pengajian sejarah di universiti dan menamatkannya pada tahun 1910. Apabila minat beliau terhadap fizik bercambah, De’ Broglie mengambil pula pengajian dalam fizik dan menamatkannya pada tahun 1913.

Selepas itu, namanya telah disenaraikan untuk menyertai angkatan tentera, dan beliau telah menghabiskan masanya di antara tahun 1914 sehingga 1918 berkhidmat dalam tentera.

Pada tahun 1924, De’ Broglie telah menamatkan tesis kedoktorannya dalam bidang fizik. Tesisnya bertajuk Recherches sur la theorie des Quanta (Researches on the quantum theory) dan disinilah beliau mengemukakan idea elektron yang juga bersifat gelombang. Idea ini mendapat bantahan daripada ahli fizik di zaman tersebut. Malah terdapat juga yang inginkan tesis kedoktoran beliau ditolak.

Ini kerana sejak daripada penemuan elektron pada tahun 1897 oleh J.J. Thomson, elektron telah dianggap oleh semua orang sebagai zarah. Apabila de Broglie muncul dengan idea gelombangnya, ia telah menyanggah kepercayaan yang selama ini dianuti oleh komuniti fizik. Apakah yang menyebabkan de Broglie menyangka elektron adalah kejadian gelombang?

Pertama, kerana sifat elektron yang akan memenuhi orbit tertentu di dalam atom. Setiap elektron ini akan memenuhi petala tenaga (shell) yang dilabel dengan nombor integer, iaitu n =1, 2, 3 .. Bagi Broglie, ini adalah ciri-ciri gelombang yang terdapat pada elektron. Dalam tesisnya, beliau menulis,

“.. the only phenomena involving integers in physics were those of interference and the normal modes of vibration. This fact suggested to me the idea that electron too could not be regarded simply as corpuscles, but that periodicity must be assigned to them..”

Kedua, de Broglie mengambil analogi daripada kejadian cahaya. Sifat cahaya sebagai gelombang telah dikaji sekian lama oleh ahli-ahli fizik klasik. Manakala sifat zarah cahaya pula telah dinyatakan Albert Einstein pada tahun 1925. Ini menyebabkan de Broglie berfikir, dan kita boleh imaginkan beliau menyebut, “if light waves also behave like particles, why shouldn’t electrons also behave like waves..?”

Ketika para pemeriksa menyemak tesis de Broglie, mereka menyukai kerangka matematik beliau, namun dalam masa yang sama tidak bersetuju idea gelombang pada elektron. Bagi mereka, hipothesis de Broglie hanyalah a quirk of mathematics dan tidak menggambarkan realiti sebenar kejadian elektron.

Dalam masa yang sama, penyelia Phd kepada de Broglie iaitu Paul Langevin telah pun menghantar salinan teori de Broglie kepada Einstein. Apabila Einstein mengkaji kerangka matematik de Broglie, beliau memandang serius kepadanya dan menganggap ia kejadian sebenar elektron dan bukan sekadar buatan matematiknya sahaja. Di atas sokongan daripada Albert Einstein, akhirnya tesis de Broglie telah diterima dan beliau dianugerahkan dengan ijazah kedoktoran.

Untuk penemuannya itu, De Broglie telah dianugerahkan hadiah nobel pada tahun 1929 setelah Davisson dan Germer melakukan sebuah eksperimen dan mengesahkan dakwaan de broglie pada tahun 1927. Louis de Broglie telah meninggal dunia pada 19 Mac 1987. Ketika itu beliau telah berumur 94 tahun.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com