TechSemut Malaysia

Kenali Satyendra Nathan Bose saintis genius dari India

Kenali Satyendra Nathan Bose saintis genius dari India

Kenali Satyendra Nathan Bose saintis genius dari India
Januari 26
15:06 2017

Screen Shot 2016-07-11 at 1.05.32 PM

Apakah suhu paling sejuk? Kebiasaanya, suhu paling sejuk bagi manusia ialah suhu takat beku ataupun freezing point. Suhu ini bersamaan juga dengan 0 oc ataupun 273 Kelvin. Tetapi apakah had maksimum bagi kesejukan? Dalam thermodynamics, suhu kesejukan maksimum disebut juga absolute zero iaitu bersamaan dengan -273 selsius ataupun 0 Kelvin.

Apakah maksud absolute zero? Absolute zero adalah had kesejukan maksimum yang mampu dicapai oleh sesuatu objek. Inilah suhu paling sejuk. Tak boleh lebih sejuk lagi dah daripada suhu ini.

Apakah yang berlaku pada zarah di suhu absolute zero? Perkara ini telah dibincangkan oleh seorang ahli fizik India bernama Satyendra Nath Bose. Beliau bersama Albert Einstein telah mengasaskan sebuah teori yang dikenali Bose-Einstein Condensate. Namun pada zaman tersebut ahli fizik tidak mempunyai peralatan dan juga teknologi yang cukup untuk mengujinya.

Apabila anda melihat kepada istilah condensate bayangkan sahaja proses kondensasi ( condensation ) dan bagaimana molekul-molekul gas boleh berkumpul dan berubah menjadi cecair.

Molekul-molekul ini akan dimampatkan dan dikumpulkan bersama-sama. Proses yang terlibat dalam kondensasi adalah proses penyejukan, dan ia sama dengan proses Bose-Einstein Condensate. Bezanya Bose-Einstein Condensate berlaku pada suhu sejuk yang ekstrim.

Apabila zarah berada pada suhu ini, zarah-zarah akan mula tidak aktif dan pergerakan mereka juga akan berhenti sepenuhnya. Zarah-zarah ini akan berkumpul dan bergabung untuk membentuk satu sahaja zarah sehinggakan antara sebiji zarah sudah tidak dapat dibezakan lagi dengan zarah yang lain.

Einstein menggelar keadaan ini sebagai superatom. Superatom terjadi kerana antara satu zarah dengan zarah yang lain telah menduduki dalam quantum state yang sama ( lihat pauli exclusion principle ). Idea asal akan hal ini telah diutarakan oleh Bose sendiri. Beliau telah menghantar surat kepada Albert Einstein yang berada di Jerman dan Einstein telah menyokong idea beliau. Bose kemudian ditawarkan bekerja di eropah selama 2 tahun bersama saintis-saintis lain seperti Marie Curie dan Albert Einstein sendiri.

Setelah tamat bekerja di eropah, Bose telah kembali ke universiti of Dhaka di tempat beliau bekerja pada asalnya. Sungguhpun Bose tidak mempunyai Phd beliau telah mendapat sokongan daripada Albert Einstein untuk dilantik memegang jawatan profesor di universitinya.

Di atas sokongan Einstein jugalah Bose telah dilantik menjadi ketua di bahagian fizik di tempatnya bekerja. Sungguhpun begitu, Bose tidak pernah dianugerahkan hadiah nobel melalui teorinya walaupun terdapat ahli fizik yang menerima hadiah nobel hasil kajian mereka berkaitan teori Bose.

Dari segi pengiktirafan antarabangsa, Bose seolahnya kurang mendapat sambutan, namun beliau mendapat banyak jawatan dan gelaran yang hebat di negaranya sendiri iaitu India. Umpamanya beliau telah diberi jawatan sebagai the National Professor iaitu sebuah kedudukan tertinggi di India bagi golongan intelektual. Jawatan tersebut telah dipegang oleh beliau selama 15 tahun lamanya.

Kerajaan India juga turut menganugerahkannya dengan darjah kebesaran “Padma Vibushnan“ iaitu gelaran kedua tertinggi yang diberikan oleh kerajaan India kepada rakyatnya dan banyak lagi gelaran dan kedudukan yang lain. Namun jika dilihat secara menyeluruh, pengiktirafan yang diperolehi oleh Bose hanyalah melangit di negaranya sahaja, di peringkat antarabangsa sumbanganya dilihat kecil. Nama Bose tidak segah di persada antarabangsa sebagaimana gahnya beliau di negaranya sendiri. Sepatutnya dengan sumbanganya itu, Bose juga layak mendapat penghormatan yang meluas sama seperti saintis barat yang lainnya.

Membuktikan Bose Einstein Condensate

Pada tahun 1995, seorang ahli fizik daripada MIT bernama Wofgang Ketterle telah melakukan eksperimen bagi menguji Bose-Einstein Condensate. Beliau telah menyejukkan zarah Natrium (Sodium) kepada suhu 0.00000002 di atas suhu absolute zero.

Pada suhu yang sebegitu rendah, atom-atom akan lebih bersifat gelombang berbanding zarah. Dengan menggunakan bantuan laser dan juga perangkap magnet, atom-atom ini telah ditindihkan antara satu sama lain sehingga membentuk sebuah gelombang jirim (mater wave) yang besar.

Hasil daripada penemuan ini, beliau telah dianugerahkan hadiah nobel pada tahun 2001 bersama 2 orang lagi ahli fizik yang lain bernama Eric Cornell dan Carl Wieman. Ketiga-tiga ahli fizik ini telah berkongsi hadian nobel kerana sumbangan mereka yang berjaya membuktikan teori bose-einstein condensate. Sejak daripada penemuan itu, sekurang-kurangnya terdapat 30 ahli penyelidik telah berjaya mendapatkan hasil kajian yang sama dan kadar penerbitan berkenaan hal ini telah meningkat mendadak saban tahun sejak dari tahun 1995.

Dengan terbuktinya kebenaran teori bose dan Einstein, ia secara tidak langsung mendedahkan kepada manusia kebenaran double-nature iaitu zarah dan gelombang yang terdapat pada makhluk mikroskopik. Justeru, ini merupakan sebuah lagi pembuktian sifat wave-particle duality pada zarah selain daripada eksperimen fotoelektrik dan eksperimen double slits seperti yang telah kami bincangkan sebelum ini.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com